Sunday, March 9, 2014


"PUSAKA ILMU TOK KENALI - MENGENAL DIRI / MENGENAL ALLAH"

Khas buat peminat buku yang ingin tahu lebih mendalam ttg isi disebalik tajuk kulitnya.
BUKU INI SANGAT BERKESAN KEPADA SESIAPA YANG BERTUAH DAN TERPILIH UNTUK MEMILIKINYA...Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi / Mesej :0173327672
Jualan TERHAD sementara stok masih ada.. 


FIRST COME FIRST SERVE. FIRST HAND BOOK.LIMITED EDITION.I only have 5 copies 4 each title of this book.. 

Kitab ini adalah ilmu peninggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan ilmu Arwah Tok' Selehong Kelantan, yang dipelajari dari Syeikh Daud Al-Fatani, yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau iaitu, Tuan Guru Haji Mohd Yusuf Cik Wook, Banggol Chica Pasir Mas, Kelantan. Kemudian diturunkan pula kepada anakandanya Haji Shaari Haji Mohd Yusof.

Kitab Tok Kenali ini, mengajak kita menyeberangi sempadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi di sebalik huruf dan ilmu yang terselindung di sebalik penghujung rasa. Menyingkap tabir rahsia Allah yang tenggelam di lautan ghaib.

Kitab Makrifat adalah pengembaraan ilmu kalam, menuju binasa, fana, baqa, zuk dan pengembaraan kalam menuju ilmu rasa. Ilmu rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu rasa adalah penyuluh kalbu, yang membawa makrifat kepada Allah Ta'ala.

Makrifat adalah ilmu penyuluh di dalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.

Peninggalan Tok Kenali ini, adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua golongan masyarakat dan semua peringkat umur. Ilmu Makrifat Tok Kenali ini adalah, ilmu yang tidak perlu kepada guru, sebenar guru itu adalah rohani diri sendiri. Segala jawapan kitab ini telah terkandung dengan jelas dan muktamad.